Saturday, February 5, 2011

Maaf

Blog tergendala buat sementara waktu
dan dan ni lah pulak ada masalah teknikal
sorry yeaa.. huhuu


Thursday, February 3, 2011

2nd day (sabtu 29/1/2011) - Part III


Depan tram station elramle

Lama jugak la kami tersekat kat tempat tu tapi takda transport. Tetiba ada macam sebijik lori pick-up datang. Orang pick-up tu jerit “sapa yang nak pergi ke tempat sekian sekian (dia sebut nama beberapa kawasan)?? Meh naik ni cepat!” masa dia sebut nama kawasan tu aku tunggu jugak kot dia lalu kawasan rumah aku. Tapi tak sebut pun (T_T). Pastu ada orang tanya aku nak balik mana? Aku pun cakap la nama kawasan rumah aku, dia kata naik je pick-up ni dan turun kat area yang berhampiran dengan rumah. At least mendekatkan jarak la kalau nak jalan kaki balik pun.

Masa tu lori pick-up tu dah berjalan, aku dengan Apek pun lari lari lari kejar pick-up tu lompat naik kat belakang. Nasib baik la Alhamdulillah kitorang berdua dapat naik walaupun Apek kena berdiri kat besi bumper bahagian belakang. Tu pun hujung2 je kaki dia dapat menyelit, dan kena peluk sorang mamat depan dia takut terjatuh. Kesian kat Apek. Aku dapat duduk kat bucu blakang belah kanan. Ada tombol screw kat bawah aku. Menahan je la sakit pungkoq pun yang penting selamat sampai rumah.

Lori pick-up ni kira macam sukarelawan la yang menyukarelakan diri untuk amik orang ramai pakai kenderaan peribadi dia. Berani weh dia jadik public transport time tengah genting macamni. Salute kat kau abg driver..! Masa jalan tu, setiap kali nk lalu masuk kawasan baru, pick-up yg kami naik kena tahan spot chek dikhuatiri penjenayah ke, atau bawak orang pesalah ke or sapa2 yang wanted la. Tapi bukan polis yang buat sekatan jalan, orang tempatan penduduk kawasan tu yang buat. Ye lah kan polis dah takda semua pakat lari. So orang-orang tempatan lah yang jadi polis dan jaga.

Semua orang bawak senjata masing-masing. Dari pada kayu, pisau kecik, parang sampai ke pedang, rifle, lembing entah apa bagai semua masing-masing ada. Aku dengan Apek je yang jalan tak bawak senjata. Yang kami bawa hanya senjata sulit saja.. hah, nak pikir bukan2 lah tu! Senjata sulit kami tu doa dan tawakkal lah.. apa daa haha.. Aku masa tu rasa macam hidup time zaman jepun kat tanah melayu pulak kalau tengok cerita perang ‘bukit kepong’. Jalan sikit kena tahan, jalan sikit kena spot check. Kira bagus jugak diorang ni kan ada semangat besatu padu dan kerjasama nk jaga kawasan tempat tinggal masing-masing. Takde la tidoo je kat dalam rumah. Alhamdulillah pick-up yang kami naik lepas takda apa2.

Aku dan apek yg dgn gaya tersendiri kat atas tugu tentera laut. selambe je diorang conteng2

Lori pick-up tu pun terus la jalan sampai kat tempat yang aku dgn Apek nak turun. Kat sini pulak tiba-tiba ada problem. Depan kitorang ada macam pergelutan orang lawan pedang tikam tikam. Ada dengar macam zorro main pedang ting ting ting.. Ya Allah cuak der tak tipu. Korang yang membaca dan mendengar cerita lain dengan kami yang mengalami dan melihat depan mata. Time tu orang yang jadi pengawal kawasan tu suruh pick-up yang kitorang naik undur patah balik jangan lalu kawasan tu. Aku dengan Apek masa tu teragak-agak nak turun ke tak nak. Dah dekat nak sampai dah ni tapi ada perang lah pulak kat depan. Aku bagitau kat driver nak turun dia kata kalau nak turun lompat lah!

Aku dengan Apek pun tak buang masa terus lompat turun dan lari laju-laju masuk ke celah lorong-lorong mana entah. Lorong kecil-kecil yang jauh dari perang2 tu la. Aku tanya orang-orang yang jaga kt lorong-lorong tu sama ada aman ke tak jalan dalam? Dia kata Alhamdulillah terkawal. Pastu aku tanya camana nak ikut jalan dalam pergi ke area rumah aku. Diorang pun tunjuk, dan ada sorang brader ikut kami tolong tunjuk jalan. Masa jalan tu memang semua orang bawak senjata. Aku dengan Apek je tangan kosong. Hanya berbekalkan iman di dada O:-).

Kami pun jalan kaki sambil brader tu cerita-cerita sikit tentang keadaan yang berlaku sekarang. Memang agak kucar kacir. Takpa lah yang penting selamat tak kena apa-apa. Brader tu hantar kami sampai ke kawasan rumah kitorang tinggal, dan dia pun pergi tempat lain. Aku dgn Apek jalan laju je sampai kat rumah. Alhamdulillah sampai jugak kitorang kat rumah. Phew… lega yang amat der. Lepas semua halangan dan pancaroba jalanan. Rasa syukur sangat sebab Allah jaga kami.

Esok aku ada paper exam lagi. Adui kenapa lah semua orang dah habis exam, aku punya exam time perang2 camni pulak (-__-). Sabar je lah, inshaAllah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni. Mudah-mudahan fi khair. Aku pun macam biasa selak2 nota, hafal-hafal sikit dan terus tidur sebab nak bangun awal. Exam esok katanya akan di awalkan pukul 9 pagi. Sebab nak elakkan dari demonstrasi atau rusuhan kalau berlaku. Pasal demonstrasi dan rusuhan biasanya berlaku time petang-petang. Mudah-mudahan semua kesusahan ni berakhir secepat mungkin. Ameen..

video
Video rusuhan die depan balai polis hayu muntaza - tp ni yg 1st day

Wednesday, February 2, 2011

2nd day (sabtu 29/1/2011) - Part II

Pejabat Polis montaza pun kena bakar

Dekat pusat bandar tu kami nampak demonstrasi dah start. Tapi dalam keadaan terkawal la sebab askar lengkap bersenjata semua kawal siap. Kami pun hanya duduk dari jauh je, tangkap-tangkap gambar. Malas lah nak libatkan diri sekali sebab takut jugak kene tangkap ke ape ke kan dah.. Sapa susah? Mereka dan keluarga mereka… kitorang just tangkap2 gambar aje la dari jauh. Pastu dengar diorang laungkan ramai2 “Rakyat mahukan presiden turun!”. Pastu ada lah lagi apa entah diorang jerit2 tak dengar sangat sebab agak jauh.

askar berkawal - aku pun tak tau kenapa asik nak tangkap gambar tank aje (-__-')

Lebih kurang pukul 5:45 petang macamtu azan maghrib berkumandang, dan kami pun solat maghrib ramai-ramai. Ramai weh sampai jalan raya penuh orang semayang jemaah. Lepas solat, dalam pukul 6, kitorang pun cari tremco nak balik.. Sekaalii.. takde tremco daa. Pukul 6 smua transportation dah stop. Teksi-teksi pun semua penuh. Lama jugak la kitorang tunggu tahan teksi semua tak dapat. Ya Rabbi gelabah jugak aku time tu. Ye lah, tersekat tengah2 demonstrasi tak tau nak pergi mana. Nak balik takda transport.

Aku dengan Apek pun pegi ke restoran terdekat beli burger buat makan malam. Tiba-tiba berlaku sedikit kekocahan tengah2 himpunan yang ramai tadi. Ada sorang menjerit “sapa yang dari daerah sekian sekian tolong balik sebab perompak dan penyamun tengah buat kecoh rompak rumah2 orang kat sana!”. Masa tu aku dengar ada orang kena bunuh, kena kelar lah macam2 lagi. Cuak jugak dibuatnya (tapi sikit je.. kental beb! Haha).

Lepas makan aku ajak Apek ikut je perhimpunan demonstrasi tu sekali ramai-ramai. Sebab aku nampak diorang buat secara aman, just perarakan pusing bandar sambil laung2kan slogan benci kerajaan, tak ada yang merusuh dan tak berlaku keganasan. Terpaksa follow beb. Sebab aku rasa ni kaedah yang agak selamat lah walaupun ada risiko. Tapi lagi baik ikut jalan ramai2 dari tunggu tempat yang takda orang berdua. Kenderaan balik belum tentu dapat. Silap-silap kot penyamun datang, tak ke naya?

Masa dalam demonstrasi tu, aku dgn Apek pun semangat jugak. Jerit2 ikut diorang cakap. “Hosni Mubarak turun!”.. “kami mahukan perubahan!”.. “ kerajaan zalim!” dan macam-macam lagi lah diorang laungkan. Semangat weh, berkobar-kobar angkat2 tangan sume. Sampai berderau2 darah ni wa cakap lu. Air liur pun bersembur-sembur ha..Awesome..

kereta kebal lalu

Kami follow je perarakan tu jalan ke mana entah. Sampai kat satu kawasan tu berlaku lagi kekecohan, ada orang yang tepi tepi jalan ni lari lari jerit “sapa yang dari daerah sekian-sekian tolong balik jaga kawasan korang. Sebab rusuhan dan peperangan antara orang yang lepas dari penjara dgn orang tempatan tgh berlaku”.

Haa kali ni aku cuak banyak sebab dia ada mention daerah tempat kami tinggal. Adoi la mula terpikir takut jugak kalau rumah kena rompak, dah la banyak barang berharga tinggal kat dalam. Dengan passport lagi, dokumen2 peribadi semua. Gabra jugak sekejap. Tapi ketua demonstrasi tu kata “semua jangan panic, tenang. Kita teruskan rapat umum ini. inshaAllah kat tempat kalian dah ramai dah yang kawal, ramai lagi yang jaga. Kita jangan berpecah, teruskan demonstrasi,”. So demonstrasi pun di teruskan dan kami pun ikut je diorang berarak. Kali ni kitorang jalan kat tengah2 perarakan tu. Ye la cuak jugak duduk tepi tepi kang kalau apa2 jadi kena serang ke apa ke, yang tepi tepi la kene dulu ye tak?

Sampai isha’, semua berenti sekejap memberi penghormatan pada azan yang dilaungkan oleh ketua demonstrasi tu, kemudian sambung balik berarak sampai lah ke hujung jalan besar. Masa tengah berjalan tu ada la sekali sekala berlaku kecoh2 sikit sebab ada pihak-pihak yang cuba leraikan demonstrasi, ada yang suruh balik rumah masing2 sebab katanya beberapa kawasan ada rumah yang dah mula kena rompak, sapa yang halang kena bunuh, bergaduh, perang2 kecil. Tapi ketua demonstrasi tu suruh semua rileks, Allah bersama kita.

Setelah jauh jugak bejalan entah berapa KM entah sampai kat hujung jalan besar, semua berkumpul dan solat isha’ secara Jemaah. Buat dua round solat sebab Jemaah ramai sangat. Habis solat Jemaah, semua orang bersurai. Masa nak bersurai tu, ketua demonstrasi bahagi-bahagi kan kumpulan ikut kawasan tempat tinggal masing-masing. Supaya semua bergerak dalam bentuk kumpulan takda yang jalan sorang2. Aku dengan Apek masa tu cari-cari jugak sapa yang nak balik selkai ke kawasan kitorang tinggal. Cari2 tak jumpa. Maybe diorang dah jalan dulu ke, or memang takde ke aku pun tak tahu. Kitorang pun ambil keputusan nak tahan taxi je lah selamat sikit. Sebab jauh jugak rumah kitorang ada la dalam lebih kurang 7 - 10KM dari tempat ni.

orang ramai bersurai


Tunggu punya tunggu, taxi macam biasa semua penuh, dan yang kosong tak nak berenti sebab takut. Kitorang pun decided pergi tempat train nak tahan train balik. Actually naik train lagi bahaya sebab ye la, akan lalu station2 yang kite pun tak tau ada apa kat depan. Kot ada penyamun ke ape ke kan. Ye lah, polis semua tengah takda, penjenayah pun bebas la buat ikut suka dia. Tapi takpe la redah je la nak buat cemana kan, xde pilihan. Kami pun pergi la ke tempat train. Lama jugak tunggu train tak sampai-sampai. Masa tengah tunggu tu orang ramai sibuk cerita tentang rusuhan, rompakan, pembunuhan yang berlaku. Di khabar kan hari ini tidak lebih dari 30 orang mati dalam huru hara yang berlaku tu.

“Aishh.. mana train tak sampai2 lagi ni?”, kata aku didalam hati. Aku pun tanya2 pak arab sekeliling, bila train nak sampai. Diorang pun tak tahu. Last2, aku follow beberapa orang pak arab pergi ke pejabat train kat station tu tanya pegawai yang jaga. Rupa-rupanya memang takda train. Dia kata train ada, tapi orang yang nk bawak train tu takda. Rusuhan punya pasal, semua driver takut pakat lari balik rumah masing2. Aku pun masa tu lagi lah piker alamak macamane nak balik nih, tak kan takde transport langsung? Masa tu rasanya naaak aje aku offer diri jadik driver ketapi. Tapi aku pun tak reti cemana nak bawak ketapi? Gear die manual ke auto? Have no idea at all. Kang aku bawak tibe2 sampai kat Sudan kang haha..

Lepastu aku pun ajak Apek keluar balik ke jalan besar tempat kitorang tunggu teksi tadi, doa-doa pada Allah mudahan ada la teksi. Takda teksi pun kot-kot la ada kereta mana-mana yang lalu ke baik hati nak bagi kitorang tumpang kan. Aku pun tanya orang ramai, mereka semua senasib macam kami tunggu transport nak balik tak dapat-dapat. Tapi diorang kata tunggu aje lah kan kot –kot ada. Masa tu aku dah tak feel awesome sangat. Risau je yang lebih sebab ye lah fikir rumah selamat ke tidak, ni nak balik ni dalam perjalanan ada apa-apa ke tidak. Phone aku ringing, seseorang call, kitorang pun sembang2 kejap, aku ngadu la kat seseorang kan. Alhamdulillah aku dapat semangat balik. Thanx seseorang.. ={D


--- Bersambung lagi---


2nd day (sabtu 29/1/2011) - Part I

Harini aku bersiap agak awal turun dari rumah. Sepatutnya exam aku start pukul 12 tengahari tapi pukul 9:30 aku dah turun. Saja la nak pergi awal boleh tengok-tengok keadaan pagi selepas rusuhan cemana. Pastu nak tanya kat pejabat kolej ada exam ke tangguh harini.

Macam biasa, aku naik tremco jugak lah nak ke kolej kan. Dalam perjalanan tu, memang nampak tak terurus lah kota ni. Dengan bangkai kereta dan truck yang dah hangit bersepah2, bangunan polis kena bakar, berasap sana sini belum padam, senang cerita memang agak haru biru lah. Dulu lawa je kota ni. Sekarang kalau tengok kena buat muka macam ni (T_T).

Kereta polis yang hangus kena panggang

Dalam pukul 10 mcamtu, aku pun sampai ke kolej terus naik atas. Tanya-tanya memang exam akan diteruskan jugak. Tapi akan dijalankan awal sikit sebab dah dengar ura2 yang demonstrasi ke dua nak mula pukul 4 petang nanti. So lepas semua student sampai, exam terus dimulakan.

Lebih kurang pukul 11:30 macamtu masa tengah jawab exam tiba-tiba fon aku ringing. Seseorang call aku. Wah, dah ada line balik! Alhamdulillah. Aku pun jawab panggilan seseorang tapi kejap je sebab tengah exam. Aku cakap “tengah exam.. tengah exam..” haha. Masa phone aku berdering tu satu dewan jadik kecoh kejap semua pakat cek fon memasing. Alhamdulillah line memang dah ada balik, tapi hanya untuk buat call aje. Messages SMS dn MMS semua masih kena block lagi. Call pun call lah, daripada xde ape2 semua kene block, memang siriyes terasa putus gila kot dari dunia luar.

Alhamdulillah again, paper utk harini aku dapat jawab dengan baik walaupun keadaan kucar kacir. Habis je menjawab aku terus angkat kaki nak balik rumah. Masa tu kalau tak silap dah nak pukul 3 petang. Dalam perjalanan dari kolej ke tempat tunggu tremco, aku nampak dah ada dua tiga kumpulan dah mula berarak. Sempat la kejap join diorang jerit-jerit tapi tak lama pun tak sampai seminit pastu aku terus tahan tremco balik rumah.

video
join demo kejap masa otw balik. menyempat..


Sampai rumah Apek tengah tunggu. Sian dia kena tinggal sorang-sorang kt rumah kikiki.. lepas makan-makan rehat-rehat sikit, Apek ajak aku keluar pergi bank HSBC cucuk duit. Kitorang pun sesiap turun. Tapi plan turun kejap je lah, cucuk duit terus balik. Sebab perintah berkurung dah mula. Pukul 6 petang semua kene duduk rumah diam2. Kira kene curfew la lepas pukul 6petang.

Sampai kat bank, Ya Rabbi punya lah ramai ummat manusia kat mesen ATM tu semua pakat nak cucuk duit. Aku pun tanya orang kat situ kenapa ramai sangat orang harini nak cucuk duit? Selalunya kosong aje mesen kat sini. Ye lah, bukan sebijik ni je kan mesen ATM kt mesir ni. Bersepah lagi kat tempat-tempat lain. Tapi harini macam semua tertumpu kt sini je.

Dia kata, harini semua bank-bank dan mesen ATM tutup. Sebab polis tak da kan, so no security diorang pun takut nk beroperasi. Yang bukak ada kat beberapa kawasan yang dijaga je. HSBC ni maybe dia berani beroperasi sebab dia kat tepi jalan utama, pastu jalan tu askar banyak lalu lalang kawal keadaan. Aku mulanya pelik jugak lah, tak kan lah semua polis satu negeri ni pakat lari. Macam ada yang tak kena kan. Hmm.. nk buat macamana, huru hara der..

Lepas tunggu lama kt depan mesen ATM tu tapi rasa macam xde harapan je nak cucuk duit, aku nampak ada sepasukan tentera siap keta kebal semua lalu kat depan bank tu menuju ke pusat bandar. Aku pun ajak Apek, “jom kite follow diorang nak tak? Gi pusat bandar katenye ade demonstrasi pukul 4. Sebelum pukul 6 balik la,”. Apek pun set dan kitorang tahan tremco sampai ke pusat bandar. Tapi tak sempat sampai pun pusat bandar ada askar buat road block. Kenderaan tak dibenarkan masuk ke pusat bandar so kami pun turun jalan kaki ramai-ramai.

video
Road Block - Masa tengok tank ni aku jadi happy pulak (-__-')


---Bersambung ---

1st day (Jumaat – 28/1/2011) - Part II

Kat rumah Alhamdulillah smua selamat. Means diorang tak kacau kawasan dalam. Kira Okay lah kan. Lepas makan rehat rehat smua dalam lepas maghrib gitu aku pun ajak Apek “jom menggatal kaki pegi hot-hot spot nak tak? Tengok keadaan kat luar”. Apek pun set, so kitorang pun turun. Keadaan kat luar masih lagi agak kecoh tapi dah mula reda tak macam siang tadi. Kitorang pun amik tremco menuju ke pusat bandar.

Dalam perjalanan tu aku nampak memang banyak lah kereta-kereta terbalik dan kena bakar. Lagi2 kereta dan truck2 polis. Senang cerita dimana ada kenderaan polis tak kiralah kereta ke truck ke motor polis ke, memang hangit rentung kena bakar lah jawabnya. Tak cukup tu, pejabat2 dan balai polis semua kena bakar jugak. Memang dalam perjalanan bau asap aje. Sana sini asap keluar berkepul-kepul. Memang macam dalam cerita perang la jugak. Tapi ni cerita perang yang baru2 nak mula perang lah.

pick-up polis yang hangus terbakar


Sebenarnya, jauh dilubuk hati aku pun tak faham dan tertanya-tanya. Apa sebab diorang hancurkan balai polis, rompak senjata, lepaskan banduan semua? Aku buat kesimpulan mudah, mungkin sebab taknak bagi ada halangan masa diorang nak buat demonstrasi (ala macam kat Malaysia la kan denga FRU apa bagai smua), so diorang serang polis sebelum polis serang diorang. Tapi, ape ke pasalnye banduan penjara yang majoritinya penjenayah,pencuri,perompak,pembunuh, dilepaskan? Aku buat kesimpulan lagi mungkin yang tolong lepas-lepaskan tu pun bekas2 penjenayah ataupun group2 jahat yang join rusuhan. Wallahua’lam.

Sampainya di pusat bandar, aku nampak askar dah ambil alih kawasan tu. Demonstrasi masih ada, tapi secara aman tak berlaku rusuhan. Berani ke ko nak merusuh dengan kereta kebal, kereta perisai, askar2 lengkap bersenjata terpacak kat depan mata? Haha tau cuak! Aku ajak Apek jalan2 kat kawasan 2 penting area tu. Mesti hot kan klu kt spot penting.

Dari situ kitorang pun jalan masuk lebih ke dalam. Sempat jugak se snap dua tangkap gambar dengan kreta perisai. Awesome woo tayar dia besar gila yang ada macam besi2 tuh. Lenyek engkorang mesti leper punya lah! Tapi bukan kami je bergambar. Yang ikut demonstrasi tu pun ramai yang berenti amik gambar. So tak de la terasa kitorang ni batak sangat. Haha. Ye lah bukan senang nak tengok benda2 ni terpacak tengah jalanraya. Biasanya kt pangkalan2 tentera aje la ye dak?

Aku dan apek sempat snap depan kereta perisai :D



Askar sedang berkawal

Aku ajak Apek pergi tengok pejabat gabenor. Sebab pejabat gabenor tak jauh dari tempat kami, Cuma agak dalam sikit la. Kitorang pun jalan menuju ke tempat tu. Dari jauh kitorang nampak orang ramai berkumpul. Aku dah agak dah, diorang mesti serang pejabat gabenor jugak. Sampai2, Ya Allah awesome gila.. bukan setakat pejabat gabenor.. satu bangunan tu dah kena bakar weh. Dahsyat tak dahsyat diorang ni. Bayangkan macamana sampai satu bangunan tempat gabenor office tu diorang boleh tawan dan bakar! Habis la semua dokumen-dokumen kerajaan, peralatan semua rentung.

Masa kitorang sampai tu ada pihak bomba tengah tungkus lumus nak padam kan api. Tengok bomba aje aku buat muka macam ni (-___-“). Aduiyai keta bomba sebijik bombanya tiga empat orang aje, bangunan sebesar tidak. Boleh padam ke api?

Aku pun tanya-tanya orang kat situ macamana sampai bangunan pejabat gabenor boleh kena bakar. Diorang cakap diorang serang masa askar belum sampai. Tapi masa tu pihak polis dah sampai so jadi pergelutan, tembak menembak antara polis dan orang yang merusuh tu. Katanya sampai ada ramai jugak yang mati kena tetak dengan parang, tikam dengan pedang, dan kena tembak. Ya saatir ya Rabb..

Diorang pun cerita ini lah jadinya bila rakyat dah mengamuk. Mungkin ada yang tak tahu punca sebab apa berlaku demonstrasi dan rusuhan kat mesir baru2 ini. Puncanya adalah sebab rakyat dah tak tahan dengan kerajaan yang zalim. Di bawah pemerintahan Presiden Hosny Mobarak selama 30 tahun di mesir, rakyat ditindas. Semua pun tahu memang Hosny Mobarak ni alat badut Israel dan America. Korang bayangkan lah, bawah pemerintahan Hosny Mobarak, rakyat merana teruk weh sampai ada yang tak cukup makan. Dikatakan gaji pekerja bawahan ni ada yang sampai sebulan RM200-RM300 aje! Cukup ke weh nak makan apa? Nak sara hidup keluarga macamana? Sapa yang tahan kalau hidup macamni selama 30 tahun?

Masa dengar diorang cerita, aku hanya mengangguk. Hmm ada point jugak diorang ni. Tapi rasanya cara diorang salah. Ye lah, kalau nak gulingkan kerajaan yang sekarang ni pun, halau cukup lah takpayah bakar2. Nanti kerajaan yang baru nak duduk kat mana? Polis2 baru pun nak mengatap kat mana kalau semua pejabat dan balai dah kena bakar?

Keadaan di hadapan pejabat Gabenor



Bangunan Gabenor yang hangit


Dari pejabat gabenor, aku ajak Apek pergi ke bangunan parlimen wakil rakyat. Sebab bangunan wakil rakyat tak jauh pun dari situ cuma agak dalam lagi. Keadaan agak tenteram masa on the way jalan, takda orang buat demonstrasi dan takda jugak askar2 berjaga. So aku rasa mungkin sebab dia jauh ke dalam kot so orang tak tumpu kawasan tu.

Masa kitorang lalu tu tiba2 nampak segerombolan dalam 10 orang pemuda yang muka agak takda cahaya iman tengah macam kopak-kopak jaring besi kat salah satu tingkap bangunan tu. Aku pun berenti kejap tengok dari jauh. Aku nampak diorang berjaya tanggalkan separuh dari jaring besi tu dan pecahkan tingkap pakai batu. Aku pun tanya ada sorang pak arab yang dok perhati dari jauh macam kitorang jugak “diorang tengah buat ape tu der?”.

Pak arab tu geleng2 kepala sambil jawab “diorang tengah merompak. Ini lah jadinya kalau kerajaan semua takut pakat lari dari rusuhan, polis semua lari, banduan penjenayah dibebaskan. Habis kucar kacir”. Rompakan depan mata?? Peghh awesome gila apa yang aku tengah tengok ni. Rompakan berlaku tapi taka da yang halang sebab polis2 semua dah cabut lari takut rusuhan, takut kena bakar. Aku tanya kat pak arab tu tak report ke call askar ke sapa2 ke? Dia kata “ko call la kalau telefon ko line banyak sangat,”. Kena setepek kat aku.

Dari jauh aku perhati ajediorang merompak. Nak sound tak berani lah pulak. Record video pun dari jauh je takut kalau diorang perasan nanti kena pukul ke sapa nak tanggung? Ya rabbi, depan mata nampak rompakan berlaku tapi tak leh nak buat apa. Hanya boleh cakap “perhh.. gile lah diorang ni.. merompak secara terang2an” sebab baru pukul 10 malam masa tu.

Aku nampak banyak jugak hasil rompakan diorang. Entah berapa bijik computer, television, safety box kene songlap. Duit berkepal-kepal sampai berterabur atas jalan masa diorang bawak lari (tapi aku tengok je sebab kawan diorang yang follow dr belakang dah kutip dulu.. lagi pun haram kan L). Makin lama makin ramai datang dan makin banyak hasil rompakan dibawa keluar. Tak lama lepastu, ada sekumpulan orang datang cuba nk halau perompak. So apa lagi, bergaduh la diorang dengan kayu apa bagai. Aku pun ajak Apek balik rumah sebab dah macam2 sangat kejadian ganas yang tak elok berlaku harini. Ye lah, keselamatan diri kena jaga la jugak kan.

video

Rompakan kat dewan wakil rakyat


Kami pun tahan taxi sampai rumah. Aku sebenarnya ada EXAM esok pagi nih. Adui tak tau cerita samaada ditangguh atau pun tidak. So sempat baca2 buku sikit mana yang rasa penting, pastu tengok fon stil takda line, aku pun tidur. Memang nak lelap pun susah jugak memikirkan apa yang jadi sepanjang harini dari siang tadi. Macam-macam der. Ada yang awesome ada yang tak awesome..hmm tidur lah exam nak kene buat betul2!

ZzZzzzZzz……

1st day (Jumaat – 28/1/2011)



Lebih kurang pukul 8 pagi tadi aku bangun, macam biasa lepas siap2 mandi semua aku terus bukak laptop nak online, baca berita etc. Adoii.. still xda internet dari malam semalam. Aku pun capai fon try online via blackberry data plan. Tak boleh jugak. Actually mmg dah agak internet akan di sekat berikutan demonstrasi besar besaran kat mesir ni. Then tak apa lah at least coverage fon ada pun okay. Xda lah terasa terputus hubungan dgn dunia luar sangat.

Pagi ni aku ada hal sikit. Aku kena pergi ke train station nak ambil sorang kawan brnama A. Dia nak datang survey2 tempat pelancongan kat sini, so dalam pukul 11.30 gitu aku dan Apek (my friend) pun turun rumah nak gi ke train station. Cuaca harini agak dingin sikit. Dekat bus stop macam biasa ada dua tiga bijik truck polis (ala-ala FRU kt Malaysia) tengah berjaga kawal keadaan. So kitorang pun amik bus (kt sini panggil tremco, dia van tapi amik penumpang macam bas) dan terus ke train station.

Dalam tremco, aku suruh Apek call kawan kitorang yg A tu, nak tanya dia dah sampai ke belum. Dia try call skali kata no network coverage. Aku pun cakap dalam hati “Ah.. sudah. Tak kan la line fon pun kene block?”. Aku kluarkan henfon dari poket tengok-tengok memang tak ade line la pulak. Allah, cemana ni? Nak amik orang kat station tapi tak tau die dah sampai ke belum. Nak call pulak, line kene block! Fuh nasib baik aku sempat text my parents dan juga ehem-ehem masa ada line sebelum keluar rumah tadi..

Sampai-sampai kt train station, aku dgn Apek terus masuk dalam cari-cari kalau dia dah sampai. Cari punye cari tak jumpa. Kitorang pun tunggu la sampai azan zohor, then solat jumaat kejap kat masjid berdekatan, lepastu tunggu lagi. Dekat tiga jam jugak menunggu tapi tak nampak pun batang hidung brader A ni. Alamak cemane nih dah la nak call tak boleh. Sampai bila nak tunggu? Aku pun tanya pekerja yang jaga kat situ dia kata train yang A naik tu maybe dah sampai lebih awal.

Aku pun fikir, boleh jadi salah station kot sebab kat sini ada dua station ketapi utama. So aku ajak Apek pegi ke station satu lagi. Cari-cari A kat situ pulak. Pun tak jumpa. Jadi kami buat kesimpulan mungkin dia dah pergi tempat lain dulu kot sebelum kami sampai. Dan mungkin dia ikut kawan-kawan dia yg datang sekali (dia datang dgn member, tapi yang nk duduk dengan aku A sorg aje).

So aku dgn Apek pun bincang-bincang sikit, tengok fon still takda line, kitorang pun nak balik la. Jalan harini lengang dan tak banyak kereta lalu lalang. Aku agak hairan mulanya tapi fikir-fikir balik maybe sebab cuti kot so semua orang tidur kt rumah masing-masing ke. Mula-mula kitorang tunggu tremco tapi sebab takda sebijik pun yang lalu, jadi kitorang pun tahan teksi aje lah.

Dalam teksi tu ada sorang penumpang lain orang arab lah tapi. Dia sembang-sembang dgn driver pasal isu demonstrasi yang berlaku kat mesir lately ini. Dari perbualan diorang, aku dapat tahu yang sekarang ni keadaan agak kucar kacir di sini, hampir semua kawasan ada tunjuk perasaan. Mungkin sebab itu lah smua line internet dan fon seluruh mesir disekat. Sebab kononya tak nak bagi orang ramai contact each other untuk plan for demonstration atau rusuhan.

On the way nak balik rumah, teksi yang kami naik tu tak ikut jalan biasa. Entah jalan mana dia lalu aku pun tak tahu sebab banyak sangat jalan di block. Sikit-sikit belok kanan pastu belok kiri pulak. Tak pe lah yang penting selamat sampai. Dalam 30minit lebih kurang, kami pun sampai. Tapi teksi tu tak masuk sampai dalam sebab tengah-tengah jalan depan kawasan rumah aku tu ada orang ramai berkumpul dan ada sebijik truck polis tersadai. Aku tengok habis hancur dah truck polis tu dipukul dengan kayu dn dibaling dengan batu-batu besar.

Aku pun turun teksi, pastu ajak Apek gi tengok what happen kan. Kitorang pun dengan bataknye pergi dekat orang yang ramai-ramai lepastu tengok memang kecoh gila la kat situ. Ala biasa la rusuhan mesti lah kecoh. Orang ramai gila menjahanamkan truck polis tu. Ada yang pecahkan cermin, baling batu, kopak pintu, cabut stereng bagai sume. Ya Rabbi, masa tu aku cam exited sikit. Macam best lah pulak tengok rusuhan camni. Cool gila weh rusuhan depan rumah.. I was… “AWESOME……”

Tak lama pastu Apek ajak aku balik, sebab rasanya keadaan makin teruk, pasal diorang dah mula nyalakan api kat truck polis dan orang makin ramai datang berlari2 sana sini. Aku pun tak faham kenapa diorang lari-lari nak gi mana? Ke memang demonstrasi kene main lari-lari ke? Wuih, nak kene kuat stamina lah kalau macam ni. Tapi aku taknak balik lagi sebab nak tengok what is going on next.

Kitorang pun tunggu kejap dan tengok dari jauh. Sekali der, memang diorang bakar betul-betul truck polis tu wa cakap lu. Memang awesome gila tengok live depan mata orang main bakar-bakar truck polis. Asap hitam tebal, api menjulang-julang ke langit. Orang jerit-jerit. Korang penah ke tengok? Aku pun apa lagi, tiba-tiba jadi lagi eksaited. So kitorang pun follow ramai-ramai tu entah pergi mana ntah. Tapi rasanya macam menuju ke arah polis office. “tak ape,kita ikut dari jauh je lah” kata aku pada Apek.

Masa kami berjalan ke arah polis office, orang datang makin ramai. Dari jauh dah nampak orang taruk tangga kat pejabat polis dan masuk melalui tingkap tingkat atas. Aku nk pegi dekat2 pun tak berani. Ye la kot ada FRU tengah ke kat depan tu mana la nak tau kan. From here aku nampak jugak banyak kertas2 dan dokumen dari pejabat polis tu melayang2 keluar melalui tingkap.

Mulanya cuak la jugak tengok keadaan yg agak ganas macamtu kan. Wei, diorang cuba nak pecah masuk pejabat polis tu tak cukup ganas ke? Tapi aku dgn Apek berani kan diri, kitorang nak tengok lagi dekat apa yg tgh berlaku. Kitorang pun lalu celah-celah orang ramai, sampai la agak dekat dalam 100meter dari polis office, baru lah kami dapat tgk situasi yang lagi ganas. Rupa-rupanya diorang semua dah tawan polis office tu. Ganas tak ganas weh, bukan setakan tawan, semua banduan yang kat dalam tu pun diorang lepas kan. Adeh.. kenapa ko lepaskan ngok?

Dalam kelam kabut tu, aku tak sempat nk rakam video. Sebab ye lah bayangkan lah situasi ni memang tak pernah aku alami. Rusuhan secara besar besaran. Daripada perbualan pak arab sebelah aku, aku dapat tahu yang rupanya bukan sebijik ni aje pejabat polis di tawan, tapi hampir semua pejabat polis kat bandar ni dah ditawan, dan ada yang di bakar sampai rentung. Lepas solat jumaat tadi diorang mulakan demonstrasi secara besar besaran di seluruh kawasan. Memang tak dapat nak sebut lah cemana ganas gilanya diorang ni bila dah mengamuk.

Tak lama pastu, aku dah nampak asap berkepul-kepul keluar dari pejabat polis ni. Mak aih, dah start nyala api. Makin kecoh la jadinya dengan orang baling batu, dan ramai juga yang ambil kesempatan memecah masuk bilik kebal dan menyonglap semua senjata-senjata dari dalam tu bawak lari. Bayang lah gelabah tak gelabahnye orang ramai bila tengok ada yang bawak lari rifle, AK-47, pedang-pedang, parang, pistol, kira smua jenis senjata lah. Aku pun gelabah la jugak. Tak tipu cakap der nampak depan mata orang bawak AK-47 naik motor.

Masa kecoh tu aku lari menyorok belakang rumah janakuasa elektrik. Bila dah agak tak kecoh sangat aku pun keluar balik ke depan (rasa macam guineapig pulak kejap2 nyorok kejap2 keluar). Tapi kalini aku keluar agak depan sikit sebab aku nampak macam ade benda terbakar api besar. So aku pun dgn Apek masuk lagi celah orang ramai mnuju ke depan. Sampai kat depan sekali lagi ternganga. Empat biji truck polis kena bakar. EMPAT bijik weh, bukan empat helai (aku cakap dalam hati “awesome….”). Masa tu aku doa je la moga tak da pape yg buruk berlaku kat kitorang da terus tarik tangan Apek balik. Sebab nampaknya keadaan makin tak terkawal. Kitorang pun lari lari balik umah.

---- Bersambung----

Pendahuluan

Assalamualaikum wrt. wbt..

Blog ini inshaAllah akan menceritakan sikit-sikit mengenai perjalanan hidup Saya kat sini.. mungkin penulisan agak membosankan. jadi, ia di tulis pada yang betul-betul nak baca aje lah..
kalau tidak, baik anda close tab, ngadap facebook lagi best kot :D
selamat membaca ;)


p/s: Sorry kalau cerita panjang sangat dan banyak melalut dan membebel entah pape :P