Wednesday, February 2, 2011

1st day (Jumaat – 28/1/2011) - Part II

Kat rumah Alhamdulillah smua selamat. Means diorang tak kacau kawasan dalam. Kira Okay lah kan. Lepas makan rehat rehat smua dalam lepas maghrib gitu aku pun ajak Apek “jom menggatal kaki pegi hot-hot spot nak tak? Tengok keadaan kat luar”. Apek pun set, so kitorang pun turun. Keadaan kat luar masih lagi agak kecoh tapi dah mula reda tak macam siang tadi. Kitorang pun amik tremco menuju ke pusat bandar.

Dalam perjalanan tu aku nampak memang banyak lah kereta-kereta terbalik dan kena bakar. Lagi2 kereta dan truck2 polis. Senang cerita dimana ada kenderaan polis tak kiralah kereta ke truck ke motor polis ke, memang hangit rentung kena bakar lah jawabnya. Tak cukup tu, pejabat2 dan balai polis semua kena bakar jugak. Memang dalam perjalanan bau asap aje. Sana sini asap keluar berkepul-kepul. Memang macam dalam cerita perang la jugak. Tapi ni cerita perang yang baru2 nak mula perang lah.

pick-up polis yang hangus terbakar


Sebenarnya, jauh dilubuk hati aku pun tak faham dan tertanya-tanya. Apa sebab diorang hancurkan balai polis, rompak senjata, lepaskan banduan semua? Aku buat kesimpulan mudah, mungkin sebab taknak bagi ada halangan masa diorang nak buat demonstrasi (ala macam kat Malaysia la kan denga FRU apa bagai smua), so diorang serang polis sebelum polis serang diorang. Tapi, ape ke pasalnye banduan penjara yang majoritinya penjenayah,pencuri,perompak,pembunuh, dilepaskan? Aku buat kesimpulan lagi mungkin yang tolong lepas-lepaskan tu pun bekas2 penjenayah ataupun group2 jahat yang join rusuhan. Wallahua’lam.

Sampainya di pusat bandar, aku nampak askar dah ambil alih kawasan tu. Demonstrasi masih ada, tapi secara aman tak berlaku rusuhan. Berani ke ko nak merusuh dengan kereta kebal, kereta perisai, askar2 lengkap bersenjata terpacak kat depan mata? Haha tau cuak! Aku ajak Apek jalan2 kat kawasan 2 penting area tu. Mesti hot kan klu kt spot penting.

Dari situ kitorang pun jalan masuk lebih ke dalam. Sempat jugak se snap dua tangkap gambar dengan kreta perisai. Awesome woo tayar dia besar gila yang ada macam besi2 tuh. Lenyek engkorang mesti leper punya lah! Tapi bukan kami je bergambar. Yang ikut demonstrasi tu pun ramai yang berenti amik gambar. So tak de la terasa kitorang ni batak sangat. Haha. Ye lah bukan senang nak tengok benda2 ni terpacak tengah jalanraya. Biasanya kt pangkalan2 tentera aje la ye dak?

Aku dan apek sempat snap depan kereta perisai :D



Askar sedang berkawal

Aku ajak Apek pergi tengok pejabat gabenor. Sebab pejabat gabenor tak jauh dari tempat kami, Cuma agak dalam sikit la. Kitorang pun jalan menuju ke tempat tu. Dari jauh kitorang nampak orang ramai berkumpul. Aku dah agak dah, diorang mesti serang pejabat gabenor jugak. Sampai2, Ya Allah awesome gila.. bukan setakat pejabat gabenor.. satu bangunan tu dah kena bakar weh. Dahsyat tak dahsyat diorang ni. Bayangkan macamana sampai satu bangunan tempat gabenor office tu diorang boleh tawan dan bakar! Habis la semua dokumen-dokumen kerajaan, peralatan semua rentung.

Masa kitorang sampai tu ada pihak bomba tengah tungkus lumus nak padam kan api. Tengok bomba aje aku buat muka macam ni (-___-“). Aduiyai keta bomba sebijik bombanya tiga empat orang aje, bangunan sebesar tidak. Boleh padam ke api?

Aku pun tanya-tanya orang kat situ macamana sampai bangunan pejabat gabenor boleh kena bakar. Diorang cakap diorang serang masa askar belum sampai. Tapi masa tu pihak polis dah sampai so jadi pergelutan, tembak menembak antara polis dan orang yang merusuh tu. Katanya sampai ada ramai jugak yang mati kena tetak dengan parang, tikam dengan pedang, dan kena tembak. Ya saatir ya Rabb..

Diorang pun cerita ini lah jadinya bila rakyat dah mengamuk. Mungkin ada yang tak tahu punca sebab apa berlaku demonstrasi dan rusuhan kat mesir baru2 ini. Puncanya adalah sebab rakyat dah tak tahan dengan kerajaan yang zalim. Di bawah pemerintahan Presiden Hosny Mobarak selama 30 tahun di mesir, rakyat ditindas. Semua pun tahu memang Hosny Mobarak ni alat badut Israel dan America. Korang bayangkan lah, bawah pemerintahan Hosny Mobarak, rakyat merana teruk weh sampai ada yang tak cukup makan. Dikatakan gaji pekerja bawahan ni ada yang sampai sebulan RM200-RM300 aje! Cukup ke weh nak makan apa? Nak sara hidup keluarga macamana? Sapa yang tahan kalau hidup macamni selama 30 tahun?

Masa dengar diorang cerita, aku hanya mengangguk. Hmm ada point jugak diorang ni. Tapi rasanya cara diorang salah. Ye lah, kalau nak gulingkan kerajaan yang sekarang ni pun, halau cukup lah takpayah bakar2. Nanti kerajaan yang baru nak duduk kat mana? Polis2 baru pun nak mengatap kat mana kalau semua pejabat dan balai dah kena bakar?

Keadaan di hadapan pejabat Gabenor



Bangunan Gabenor yang hangit


Dari pejabat gabenor, aku ajak Apek pergi ke bangunan parlimen wakil rakyat. Sebab bangunan wakil rakyat tak jauh pun dari situ cuma agak dalam lagi. Keadaan agak tenteram masa on the way jalan, takda orang buat demonstrasi dan takda jugak askar2 berjaga. So aku rasa mungkin sebab dia jauh ke dalam kot so orang tak tumpu kawasan tu.

Masa kitorang lalu tu tiba2 nampak segerombolan dalam 10 orang pemuda yang muka agak takda cahaya iman tengah macam kopak-kopak jaring besi kat salah satu tingkap bangunan tu. Aku pun berenti kejap tengok dari jauh. Aku nampak diorang berjaya tanggalkan separuh dari jaring besi tu dan pecahkan tingkap pakai batu. Aku pun tanya ada sorang pak arab yang dok perhati dari jauh macam kitorang jugak “diorang tengah buat ape tu der?”.

Pak arab tu geleng2 kepala sambil jawab “diorang tengah merompak. Ini lah jadinya kalau kerajaan semua takut pakat lari dari rusuhan, polis semua lari, banduan penjenayah dibebaskan. Habis kucar kacir”. Rompakan depan mata?? Peghh awesome gila apa yang aku tengah tengok ni. Rompakan berlaku tapi taka da yang halang sebab polis2 semua dah cabut lari takut rusuhan, takut kena bakar. Aku tanya kat pak arab tu tak report ke call askar ke sapa2 ke? Dia kata “ko call la kalau telefon ko line banyak sangat,”. Kena setepek kat aku.

Dari jauh aku perhati ajediorang merompak. Nak sound tak berani lah pulak. Record video pun dari jauh je takut kalau diorang perasan nanti kena pukul ke sapa nak tanggung? Ya rabbi, depan mata nampak rompakan berlaku tapi tak leh nak buat apa. Hanya boleh cakap “perhh.. gile lah diorang ni.. merompak secara terang2an” sebab baru pukul 10 malam masa tu.

Aku nampak banyak jugak hasil rompakan diorang. Entah berapa bijik computer, television, safety box kene songlap. Duit berkepal-kepal sampai berterabur atas jalan masa diorang bawak lari (tapi aku tengok je sebab kawan diorang yang follow dr belakang dah kutip dulu.. lagi pun haram kan L). Makin lama makin ramai datang dan makin banyak hasil rompakan dibawa keluar. Tak lama lepastu, ada sekumpulan orang datang cuba nk halau perompak. So apa lagi, bergaduh la diorang dengan kayu apa bagai. Aku pun ajak Apek balik rumah sebab dah macam2 sangat kejadian ganas yang tak elok berlaku harini. Ye lah, keselamatan diri kena jaga la jugak kan.

Rompakan kat dewan wakil rakyat


Kami pun tahan taxi sampai rumah. Aku sebenarnya ada EXAM esok pagi nih. Adui tak tau cerita samaada ditangguh atau pun tidak. So sempat baca2 buku sikit mana yang rasa penting, pastu tengok fon stil takda line, aku pun tidur. Memang nak lelap pun susah jugak memikirkan apa yang jadi sepanjang harini dari siang tadi. Macam-macam der. Ada yang awesome ada yang tak awesome..hmm tidur lah exam nak kene buat betul2!

ZzZzzzZzz……

5 comments:

  1. exam sem berapa ni..berapa sem lagi ada.

    ReplyDelete
  2. joesy: mula2 ketaq lutut jugak -___-

    CuMa: kalau ikut kan lepas ni dah final sem.. doa la bg aman nk balik bawak sijil..huhu

    ReplyDelete
  3. nak bgmbr gak dpan perisai tu :D

    ReplyDelete